Sunday, 27 March 2011

Cukur Jambul Amalan Bidaah Orang Melayu

AMALAN cukur jambul kebiasaannya di adakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga...


Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan tidak sesuai dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan India yang beragama Hindu...


Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya di sembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan di cukur, lalu diberi nama. "(Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)


Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fikir miskin...


Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin,apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik,

No comments:

Post a Comment